Saturday, 11 February 2017

Liga Super 11 Feb 2017 - Kedah vs Pahang



Perlawanan Liga Super malam tadi.  Antara perlawanan tumpuan adalah pertembungan dua top ranking Kedah dan Pahang.
Perlawanan semalam memang nampaknya dikuasai oleh tuan rumah Kedah. Nampaknya penyerang import baru Kedah, Ken Ilso sudah menunjukkan taringnya.  Kedah betul2 pulun Pahang malam tadi dengan keputusan 4-1.
Kedudukan teratas liga sekarang diambil alih oleh Kedah sekarang.  Semoga Kedah terus kekalkan momentum untuk perlawanan berikutnya bertemu Kelantan di Stadium Sultan Mohamed IV nanti.

Dah 2017???



Sedar tak sedar dah masuk 2017.  2 bulan dah backdated.  Baru sempat nak update blog weii.  Semoga tahun ni memberi sinar harapan yg lebih baik.  Moga Kerja lebih baik, kalau bisnes moga lagi  untung. Kalu tada untung, tutup kalu lg baik...huhu.  Joke only.
Tahun ni nak meriahkan blog ni dengan entry2 yg lebih ceria, lebih motivasi, jalan2 cari makan, cuti2 malaysia dsb.  Informasi lebih menarik, sempoi, santai dan bermanfaat.  

Welcome aboard 2017!!!!!



Wednesday, 31 December 2014

SUKA DUKA 2014...SAYONARA!!!






SAYONARA 2014!!!! WELCOME 2015111

Setiap hari yang berlalu pasti tidak dapat diundurkan kembali.  Segala detik-detik yang telah dilalui itu kini telah menjadi sejarah.  Segala kenangan indah, pahit telah ditempuh dengan hati yang tabah.  Hanya keimanan yang kukuh menjadi pendinding agar kita mampu menempuh onak dan duri di dalam menelusuri liku kehidupan ini.

Banyak kenangan pahit dan manis yang melanda Malaysia pada Tahun 2014.  Kehilangan pesawat MH370 pada Mac 2014 adalah topik gempar yang mengejutkan jutaan rakyat Malaysia, yang mana sehingga kini pesawat masih belum lagi ditemui setelah disahkan titik terakhirnya nun di hujung dunia, selatan lautan hindi.

Sekali lagi negara dikejutkan dengan terhempasnya pesawat MAS sekali lagi akibat tembakan yang masih belum dikenalpasti samada dilakukan dari darat (peluru berpandu) atau tembakan dari jet pejuang.  Kejadian yang menyayat hati ini berlaku di timur Ukraine pada Julai 2014 di kawasan puak bergolak ukraine dan pro-Rusia.  Lebih 200 nyawa telah pergi tanpa diduga.

Di penghujung tahun 2014, negara dilanda bah besar yang berlaku di Pantai Timur terutamanya Kelantan, Terengganu dan Pahang.  Bah kali ini amat dahsyat sehingga melumpuhkan keseluruhan negeri Kelantan dan terputus hubungan darat.  Kita doakan agar mangsa-mangsa banjir ini tabah menghadapi ujian dari Allah dan sama-samalah kita membantu agar dapat meringankan bebanan mereka.

Penutup 2014 ini sekali lagi kita digemparkan dengan kemalangan pesawat Air Asia QZ8501 di mana ianya telah terputus hubungan dengan terminal kawalan di Surabaya dalam perjalannya ke Singapura.  Pesawat ini telah pun dijumpai berhampiran Kalimantan dan disahkan terhempas di Lautan.

Kalau nak dikupaskan satu persatu, memang tak cukup masa.  Banyak..memang banyak keperitan yang kita lalui sepanjang 2014.  Yang penting, kita jadikan segalanya itu sebagai iktibar agar kita lebih mengenal erti kesyukuran, agar kita lebih mendekatkan diri dengan Allah dan senantiasa mengingatiNya setiap waktu.

SEALAMAT TAHUN BARU 2015...

SELAMAT TAHUN BARU 2015





Salam 1 Malaysia.


Pejam celik, pejam celik, dah masuk tahun 2015.  Sekejap bebenor rasenye.

Macam biasa, tiap kali tiba tahun baru, mesti semua ada pasang azam baru.  Ingin lebih berjaya dalam kerjaya, target nak naik pangkat, atau nak melancong ke mana-mana destinasi yang diimpikan, atau memiliki kereta yang diidamkan.  macam-macam lah ye...

Namun, apa saja azam atau matlamat yang kita target tu, mestilah dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa.  Kita haruslah berdoa memohon kepada Yang Maha Esa agar dipermudahkan perjalanan hidup kita dalam mengejar impian tersebut dan semoga impian kita tu terlaksana, InsyaAllah.

So, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015...

#Selamat Tahun Baru 2015

Tuesday, 27 November 2012

Matlamat 1 Tahun Lagi


Apa matlamat kita satu tahun lagi? Maknanya kalau kita bermula sekarang, apa yang dapat kita capai pada hari dan waktu yang sama tahun depan?

Itulah yang bermain di minda aku. Setelah bertahun-tahun berjalan dan menelusuri denai, aku pasti inginkan malamat aku tercapai. Jadi, aku perlu set mind bahawa apa yang aku rancang dan jalankan sekarang, mesti membuahkan hasil dalam masa setahun lagi.

Untuk itu, jika sebelum ini kita berjalan, sama-samalah kita mula berlari sekarang. Walapun kaki tempang, tidak bermakna kita tak boleh nak belari sebab bukan kaki kita yang kena belari, tetapi semangat kita.

Jika sebelum ini kita hanya memerhati, maka sekarang kita perlu jadi perhatian. Bukan kejar glamour atau publisiti murah, tapi menonjolkan diri dan perniagaan kita agar berada di landasan yang stabil dan mampu memberi income beterusan buat kita.

Sekarang memang kita belum mencapainya, tapi jika kita sematkan matlamat dan berusaha ke arahnya, maka matlamat itu tak mustahil untuk direalisasikan.

Oleh kerana itu, mari kita mulakan larian kita sekarang. On your mark...get set...GO!!!!

Ilham Dinihari


Malam semakin larut, bukan malam lagi ni, dah awal pagi. Dua tiga jam lagi ayam akan berkokok. Tapi di bandar metropolitan ni mana nak cari suara ayam berkokok. Takkan jumpa punyalah.

Bukan apa, diwaktu beginilah kebiasaannya para pengkarya (tak kiralah penulis novel, pencipta lagu, penulis lirik termasuklah penulis blog) memerah minda masing-masing untuk menghasilkan satu karya yang terbaik. Mungkin ada yang mencari ilham bila tiba waktu subuh nanti. Waktu itulah otak kita fresh selepas tidur dan berehat dari penat memikirkan masalah dunia.

Bagi aku, atau mungkin yang lain sudah terbiasa tidur hingga lewat malam atau dinihari. Banyak perkara yang lancar untuk difikirkan ketika waktu begini. Tidak ada gangguan bising kenderaan, suara anak-anak menangis atau apa saja.

Paling penting, waktu dinihari ini jugalah waktu yang paling afdal bagi kita hamba-hambaNya untuk solat sunat dan memohon keampunan dari dosa-dosa yang silam, memohon pertolonganNya dan bersyukur di atas segala nikmatNya yang selama ini  kita (termasuk aku) lalai dan alpa dengan pemberianNya.

Kepada mereka yang berkarya, teruskan berkarya. Jangan lupa kepada Yang Memberi Ilham kepada kita.

Wassalam..